Saturday, February 16, 2013

Peperiksaan Pengurusan Pangkalan Data LA 2 (Amali)


Soalan 1

Rajah 1 : Rajah Hubungan Entiti (ERD)
Rajah 1 ialah Rajah Hubungan Entiti (ERD) menggambarkan bagaimana  entiti-entiti yang berada di dalam sistem ini saling berkaitan. ERD ini akan digunakan untuk membina jadual-jadual di dalam pangkalan data. ERD ini juga  akan memberikan gambaran bagaimana maklumat-maklumat bagi setiap entiti saling berkaitan dan dapat mengelakkan pertindihan data di dalam sistem yang bakal dibangunkan. Terdapat 7 jadual yang akan digunakan di dalam sistem yang akan dibangunkan ini seperti
berikut:
1. Jadual Maklumat Pekerja
2. Jadual Maklumat Pelanggan
3. Jadual Maklumat Kenderaan
4. Jadual Maklumat Jualan
5. Jadual Pilihan Aksesori
6. Jadual Maklumat Aksesori
7. Jadual Rekod Servis

Anda dikehendaki membina Struktur (atribut dan domain) yang digunakan untuk  setiap jadual yang
dihasilkan adalah seperti yang dinyatakan di atas. (30 markah)





Soalan 2


Rajah 2 : Lakaran Paparan SwitchBoard
Rajah 2 menunjukkan lakaran switchboard (papan menu utama) bagi Sistem Maklumat Jualan Kereta Motorsport. Sehubungan dengan itu terdapat beberapa lakaran kasar dibuat untuk bentuk antara muka borang akan digunakan. Susun atur borang amat penting untuk memudahkan pengguna memasukkan data-data yang diperlukan secara teratur dan tepat. Senarai borang-borang yang akan digunakan adalah seperti di bawah:

         i.                        Borang Maklumat Pekerja.
       ii.                        Borang Maklumat Pelanggan.
      iii.                        Borang Maklumat Kenderaan.
     iv.                        Borang Maklumat Jualan.
       v.                        Borang Maklumat Aksesori.
     vi.                        Borang Rekod Servis.

Anda dikehendaki membuat lakaran bagi borang-borang yang disenaraikan seperti di atas. (30 markah)

0 comments:

Post a Comment